#htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption

Tuesday 14 May 2013

Masalah Dalam Membaca


Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

1.       Faktor  Persekitaran

Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid di sekolah ialah persekitaran yang tidak kondusif. Persekitaran ini boleh merangkumi 3 aspek iaitu keluarga, sekolah, dan rakan.

i.                    Keluarga
Pada arus kemodenan ini, kebanyakan  ibu bapa pelajar ini lebih mementingkan subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sehingga mereka sanggup menghantar anak-anak mereka belajar di pusat tuisyen. Sebaliknya mereka kurang memberi perhatian kepada subjek bahasa melayu kerana mereka menganggap subjek ini mudah lulus dan kurang penting.

ii.                  Sekolah
Manakala di sekolah pula, masalah membaca ini amat ketara dalam kalanga pelajar terutamnya di peringkat sekolah rendah. Kadang-kadang guru yang mengajar di dalam kelas ini terlepas pandang kepada pelajar yang mempunyai masalah membaca. Hal ini disebabkan kurang pemantauan oleh guru tersebut terhadap para pelajar sama ada mereka dapat mengikuti kaedah pembelajara berikut dengan baik atau tidak baik.

iii.                Rakan
 Di samping itu, dalam aspek rakan sebaya boleh dikaitkan dengan masalah pemulauan pelajar yang kurang cekap dalam proses pembacaan. Mereka menganggap rakan mereka ini tidak pandai dan tidak mempunyai daya minat untuk berkawan atau membantu mereka dalam mengatasi masalah dalam membaca. Oleh itu, pelajar yang mempunyai maslah dalam membaca ini berasa mereka tersisih dari rakan-rakan sebaya mereka.


2.      Faktor Kognitif
Kemahiran kognitif adalah sangat penting dalam menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca. Hal ini kerana, tahap pemikiran setiap pelajar adalah berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai hubung kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Pemikiran seorang remaja telah kompleks dan mampu untuk menerima banyak ilmu dalam satu-satu masa berbeza dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja (Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah, 2009).
Namun demikian, masalah sukar untuk membaca ini wujud apabila seorang pelajar itu tidak dapat memahami apa yang telah diajar kepada mereka semenjak mereka kanak-kanak lagi sehingga meningkat dewasa. Hal ini menyebabkan pelajar ini akan keciciran dalam pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar yang lemah bagi mengelakkan mereka keciciran dalam pembelajaran mereka.
Antara masalah yang akan dihadapi oleh para pelajara tersebut adalah seperti berikut:
                               I.            Keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca. Contohnya, mereka tidak dapat membezakan huruf d atau b kecil, p atau q, dan sebagainya.
                            II.            Tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat. Sebagai contoh, “say abaca buku” menjadi “cay baca butu”.
                         III.            Tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya
Masalah ketidakbolehan mentafsir symbol atau huruf untuk diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain daripada itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambarajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Oleh itu, pemahaman para pelajar mengenai teks dan gambar rajah yang dilihat oleh mereka mampu untuk menarik minat mereka membaca tetapi jika mereka tidak dapat memehami apa yang dibaca oleh mereka akan menimbulkan rasa bosan mereka untuk terus membaca.

3.      Faktor psikologi
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Sebaliknya, jika seseorag kanak-kanak atau individu tidak mempunyai minat membaca maka ilmu pengetahuan mereka juga agak cetek. Setiap ilmu yang diperolehi bermula daripada proses membaca. Apabila kurangnya minat membaca ini, mereka tidak dapat tahu perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini akan mendatangkan lagi masalah apabila mereka akan bersikap pasif sewaktu berada dalam khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment