#htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption #htmlcaption

Tuesday 14 May 2013

Pendekatan Dalam Mengajar Membaca


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan. Entri kami pada kali ini akan menerangkan mengenai kepelbagaian kaedah dan pendekatan dalam mengajar kemahiran membaca. Terdapat pelbagai teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk mengajar kemahiran membaca. Guru digalakkan untuk memvariasikan teknik dan kaedah pengajaran yang menarik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara kaedah yang menarik dalam mengajar kemahiran membaca ialah:

Pendekatan Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.


Pendekatan Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]


Pendekatan holistik
Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di negara ini, terutama dalam pengajaran membaca dalam bahasa Melayu (Mahzan Arshad 2003).
Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.
Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.

Pengajaran membaca secara tradisional
Hal yang demikian ini berlaku kerana penekanan pengajaran membaca yang diajarkan di sekolah terlalu menegaskan aspek mendekod dan mengenal pasti perkataan secara keseluruhan (pendekatan fonik dan keseluruhan kata).
Seterusnya pengajaran membaca di sekolah terlalu menegaskan aspek pemahaman bahan bacaan, iaitu pegajaran bacaan kerap dimulakan dengan membaca bahan secara nyaring dan diikuti dengan soalan perbendaharaan kata dan soalan kefahaman membaca

Aspek penghayatan
Pengajaran membaca menerusi pendekatan holistik juga menegaskan aspek mendekod dan memahami.
Perbezaannya dengan kedua-dua pedekatan di atas ialah pendekatan holistik menegaskan aspek penghayatan bahan selain daripada proses mengenal pasti huruf dan bunyi huruf atau sebutan sesuatu perkataan yang tepat.

Penggunaan bahan autentik
Bahan yang digunakan dalam pendekatan holistik ialah bahan yang autentik, iaitu buku yang sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid-murid sendiri.
Pendekatan ini mengelak daripada menggunakan carta huruf atau perkataan.
Guru membawa buku yang sebenar ke dalam kelas dan memberikan murid-murid peluang mengalami bahan yang mempunyai struktur yang lengkap.

Pendekatan fonik
Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar membaca pada tahap mendekod perkataan.
Murid-murid diajar untuk mengenali huruf dari A hinggalah ke Z.
Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu murid-murid akan diajar mengenal setiap huruf dan bunyinya.

Membaca bagi memberi makna
Peringkat mendekod seperti yang kita pelajari dahulu ialah satu peringkat awal dalam sistem komunikasi bertulis.
Namun demikian, walaupun seseorang yang dapat melakukan proses mendekod ini dengan baik, tidak bermakna bahawa dia telah menguasai kemahiran membaca.
Kemahiran membaca hanya diperolehi sekiranya pembaca tersebut dapat membina makna daripada bahan yang bertulis.

Pendekatan keseluruhan kata
Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata ini banyak digunakan dalam pengajaran membaca pada masa ini.
Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan bacaan.
Penegasan membaca ialah pada setiap perkataan yang penuh, bukan bunyi perkataan berlandaskan sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.

Membaca secara keseluruhan
Guru akan menyediakan carta atau kad imbas yang mengandungi perkataan yang lengkap dan gambar yang disertakan dijadikan sebagai kiu bagi membantu murid menyebut perkataan tersebut.
 Pengulangan juga berlaku bagi memastikan mereka dapat menguasai sebutan sesuatu perkataan berdasarkan huruf yang tertera di bawah gambar tersebut.
Latihan mengulangi sebutan perkataan dijalankan sehingga murid benar-benar mahir dalam menyebut perkatan atau ayat yang mudah secara keseluruhan

Pemilihan Bahan Bacaan


Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda ini berbeza-beza mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza.  Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan . Secara umumnya kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan umur seperti yang berikut:

1. umur 0-6 tahun (peringkat prasekolah)
Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai fikiran yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau cara dan tujuan. Pengetahuan mereka tentang kenyataan adalah sangat sederhana.
Bbuku-buku untuk peringkat umur ini harus mengandungi teks yang pendek, penuh dengan aksi mudah yang menuju kepada kesimpulan yang memuaskan. Ia juga harus mempunyai perkaitan dengan dunia sehariannya agar dapat membantu mereka memahami dan menginterpretasikan dunia sekelilingnya.


2. umur 6-8 tahun
Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur ini mempunyai sifat ingin tahu dan mereka juga sudah mula mengerti serba sedikit apa-apa yang dibicarakan oleh orang dewasa.  Kanak-kanak selalunya telah bersedia untuk membaca jika
tertanya-tanya tentang huruf dan perkataan dalam buku, akhbar atau kertas;
meluangkan masa “membaca” buku-buku bergambarnya;
suka mendengar cerita;
berminat dalam perkataan-perkataan dan leka untuk meningkatkan tatabahasanya; dan
berpura-pura menulis dan membaca—cuba untuk menyalin huruf-huruf dan nombor.
Pada peringkat ini, mereka mungkin sudah boleh membaca buku yang mengandungi teks yang banyak. Buku-buku bergambar juga masih sesuai untuk mereka kerana gambar-gambar yang terdapat dalam buku boleh memberi gambaran kepada teks. Mereka juga berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan binatang dan alam semula jadi.


3. umur 8-10 tahun
Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang semakin berkembang dan mereka seronok dengannya. Oleh itu, untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluannya ketika berimaginasi, bahan bacaan yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rakyat amat sesuai digunakan untuk mereka.

4. umur 10-12 tahun
Pada peringkat ini, mereka telah mempunyai sikap kritis terhadap unsur-unsur kenyataan dan bersedia untuk menerima pengetahuan baharu.  Perkembangan tatabahasanya juga berkembang dengan cepat dan mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mengungkapkan idea-idea yang abstrak. Mereka juga berusaha belajar untuk mendapatkan maklumat daripada buku. Mereka sudah mampu mengikuti arahan-arahan yang terdapat dalam buku mereka. Oleh itu, pada peringkat ini, buku yang berhubung dengan seni dan kerja tangan mampu menarik minat mereka.

Di samping itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan sudah mula menunjukkan minat yang berbeza. Pada usia ini, kanak-kanak perempuan lebih berminat kepada alam persekolahan, kisah binatang, fantasi, dan sejarah manakala kanak-kanak lelaki pula lebih menggemari kisah pengembaraan, cerita lucu, dan buku yang berkaitan dengan subjek hobi, saintifik dan teknikal.
Walaupun pembahagian peringkat kanak-kanak mengikut umur tidak begitu jelas dan menimbulkan perbezaan, orang-orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak perlu tahu serba sedikit tentangnya. Ini kerana setiap peringkat umur, kanak-kanak memerlukan bahan penerbitan yang berbeza dari segi persembahan dan bentuk bahannya.

Masalah Dalam Membaca


Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

1.       Faktor  Persekitaran

Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid di sekolah ialah persekitaran yang tidak kondusif. Persekitaran ini boleh merangkumi 3 aspek iaitu keluarga, sekolah, dan rakan.

i.                    Keluarga
Pada arus kemodenan ini, kebanyakan  ibu bapa pelajar ini lebih mementingkan subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sehingga mereka sanggup menghantar anak-anak mereka belajar di pusat tuisyen. Sebaliknya mereka kurang memberi perhatian kepada subjek bahasa melayu kerana mereka menganggap subjek ini mudah lulus dan kurang penting.

ii.                  Sekolah
Manakala di sekolah pula, masalah membaca ini amat ketara dalam kalanga pelajar terutamnya di peringkat sekolah rendah. Kadang-kadang guru yang mengajar di dalam kelas ini terlepas pandang kepada pelajar yang mempunyai masalah membaca. Hal ini disebabkan kurang pemantauan oleh guru tersebut terhadap para pelajar sama ada mereka dapat mengikuti kaedah pembelajara berikut dengan baik atau tidak baik.

iii.                Rakan
 Di samping itu, dalam aspek rakan sebaya boleh dikaitkan dengan masalah pemulauan pelajar yang kurang cekap dalam proses pembacaan. Mereka menganggap rakan mereka ini tidak pandai dan tidak mempunyai daya minat untuk berkawan atau membantu mereka dalam mengatasi masalah dalam membaca. Oleh itu, pelajar yang mempunyai maslah dalam membaca ini berasa mereka tersisih dari rakan-rakan sebaya mereka.


2.      Faktor Kognitif
Kemahiran kognitif adalah sangat penting dalam menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca. Hal ini kerana, tahap pemikiran setiap pelajar adalah berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai hubung kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Pemikiran seorang remaja telah kompleks dan mampu untuk menerima banyak ilmu dalam satu-satu masa berbeza dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja (Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah, 2009).
Namun demikian, masalah sukar untuk membaca ini wujud apabila seorang pelajar itu tidak dapat memahami apa yang telah diajar kepada mereka semenjak mereka kanak-kanak lagi sehingga meningkat dewasa. Hal ini menyebabkan pelajar ini akan keciciran dalam pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar yang lemah bagi mengelakkan mereka keciciran dalam pembelajaran mereka.
Antara masalah yang akan dihadapi oleh para pelajara tersebut adalah seperti berikut:
                               I.            Keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca. Contohnya, mereka tidak dapat membezakan huruf d atau b kecil, p atau q, dan sebagainya.
                            II.            Tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat. Sebagai contoh, “say abaca buku” menjadi “cay baca butu”.
                         III.            Tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya
Masalah ketidakbolehan mentafsir symbol atau huruf untuk diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain daripada itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambarajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Oleh itu, pemahaman para pelajar mengenai teks dan gambar rajah yang dilihat oleh mereka mampu untuk menarik minat mereka membaca tetapi jika mereka tidak dapat memehami apa yang dibaca oleh mereka akan menimbulkan rasa bosan mereka untuk terus membaca.

3.      Faktor psikologi
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Sebaliknya, jika seseorag kanak-kanak atau individu tidak mempunyai minat membaca maka ilmu pengetahuan mereka juga agak cetek. Setiap ilmu yang diperolehi bermula daripada proses membaca. Apabila kurangnya minat membaca ini, mereka tidak dapat tahu perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini akan mendatangkan lagi masalah apabila mereka akan bersikap pasif sewaktu berada dalam khalayak ramai.

Belajar Membaca

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat bertemu kembali lagi pada entri kali ini.
Pada entri kali ini kami akan menerangkan mengenai
Belajar Membaca.

Apakah yang berlaku ketika seseorang itu membaca?

  • Mata memainkan peranan dalam proses membaca/
  • Mata berfungsi merakam maklumat yang bercetak untuk diproses di dalam otak
  • Maklumat ini dipanggil maklumat visual
  • otak menggunakan maklumat visual untuk mentafsir maknanya.
  • maklumat visual yang dirakam oleh mata ditafsir dalam otak.
Apakah yang berlaku ketika seseorang itu membaca?
  • Untuk memproses maklumat visual ia memakan masa dan had masa yang diperlukan bergantung kepada berapa banyak maklumat yang diperlukan.
  • Proses ini juga bergantung kepada berapa pilihan yang perlu dibuat oleh otak.
  • ini bermakna had laju kita mengenali sesuatu bergantung kepada berapa bilangan pilihan yang ada.

Untuk merakamkan apa yang berlaku ketika seseorang itu sedang membaca, sebuah alat iaitu 'eye tacker' boleh digunakan.


Apabila kita membaca mata kita bergerak dengan cara melompat-lompat. Istilah teknikal untuk kejadian ini ialah ginjatan(saccades). Antara ginjatan ada satu tempoh yang dipanggil penetapan(fixation). Untuk merakamkan apa yang berlaku ketika seseorang itu sedang membaca sebuah alat iaitu ‘eye tracker’ boleh digunakan. 

Teori Proses Membaca

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
entri kami pada kali ini akan menerangkan mengenai teori membaca.
Seperti yang kita maklum,teori membaca mempuyai 4, iaitu:

  1. Teori Bottom-Up
  2. Teori Top-Down
  3. Teori Interaktif
  4. Teori Transactional
Penerangan mengenai keempat-empat teori ini adalah seperti berikut:


  • Model Bottom-up
       Model Bawah ke Atas ada dibincangkan oleh Gough (1972, 1985) iaitu tokoh utama teori ini. Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca melalui satu siri perlakuan yang berturutan.
        Berdasarkan dapatan pemerhatian, tumpuan mata pembaca ke atas teks menghala pada maklumat secara relatif. Proses membaca bergerak secara linear, iaitu dimulai dengan mengecam huruf, mengekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Hal ini bermakna, maklumat yang baru diterima sebelum itu ditransformasikan dan direkodkan.
       Pengaplikasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p), pengajaran bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu. Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka. Guru seterusnya membincangkan isu-isu berkaitan dengan dengan topik perbincangan. Setelah perbincangan dilaksanakan, barulah guru mengagihkan teks untuk dibaca. Murid membaca teks dan mengaitkan isi teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan.

  • Model Top-Down
Model membaca ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman  dan Smith. Model ini memfokuskan pembaca dan pergerakan bahan bacaannya masih lagi bersifat linear tetapi bergerak daripada atas ke bawah. Pembaca memainkan peranan utama semasa memahami teks yang dibaca. Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa.


    Memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca. Menggunakan makna dan isyarat tatabahasa mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali
       Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan. Perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh ketika membaca

 Pengaplikasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p), pengajaran bermula dengan guru membahagiakan teks bacaan kepada murid. Murid membaca teks secara senyap ataupun secara lantang. Guru meminta pelajar memberi perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid. Guru seterusnya meminta pelajar mencari isi-isi penting dalam petikan sebelum perbincangan secara keseluruhan terhadap teks tersebut. Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

  • Model Interaktif

       Model Interaktif mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi menterjemah maksud ke atas teks yang dibaca. Model Interaktif melihat proses membaca sebagai pola pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
                  Tahap pemahaman pembaca ke atas teks dipengaruhi oleh minat pembaca, tujuan pembacaan dan pengetahuan pembaca terhadap teks berinteraksi dengan pemboleh ubah teks (jenis teks, sintaksis dan sebagainya).
       Menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put
       Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif
     Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak bergantung kepada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks
·          
  • Model Transactional
       Model Transactional merujuk kepada model interaksi dua hala antara seseorang individu dengan individu yang lain. Interaksi antara individu ini boleh melibatkan medium pengantaraan seperti nota, teks dan sebagainya.
        Membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa / konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca, dan teks.
       Membaca adalah "aktiviti memilih." Pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau penimbulan.
       Pendirian kita ke arah membaca mungkin efferent (saintifik, membaca untuk info) atau estetik (seni, perasaan). Namun demikian, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang mereka akan perolehi daripada teks itu.
       Pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya mengalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk membuat makna mereka sendiri.